Pages

Tuesday, December 29, 2015

Susu kambing segar dungun & kemaman perisa asli & coklat

~segar dari ladang~

COD dungun & KKTM kemaman

Contact cikmi 017-9628655

Monday, December 28, 2015

Doa sesudah minum susu


Jom amalkan minum susu dengan niat untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w beserta dengan doa sepertimana hadis:

Dari Ibnu ‘Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,

Barang siapa yang Allah beri makan hendaknya ia berdoa:  
Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami dalam makanan ini dan berilah kami makan yang lebih baik darinya (iaitu makanan syurga).

Dan Barang siapa yang Allah memberikan kepadanya minuman berupa susu maka hendaknya ia berdoa: 
Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami dalam susu ini dan tambahkanlah darinya. 

Rasulullah s.a.w juga bersabda,
 “Tidak ada sesuatu yang dapat menggantikan makanan dan minuman melebihi susu.”

 (HR. Tirmidzi no. 3455, Abu Daud no. 3730, Ibnu Majah no. 3322. At Tirmidzi dan Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Sunnah berkumur-kumur setelah minum susu @ sejenisnya 
       
Dari Ibnu Abbas r.a,
       
       Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkumur-kumur setelah minum susu. Baginda lantas bersabda “Sesungguhnya susu itu mengandung lemak” (HR Muslim No. 358).


Boleh juga dibacakan dengan doa berikut:

" ya Allah, aku minum susu ini adalah keranaMu & kerana hendak menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, berkat janjiMu di dlm al-Quran & berkat kekasihMu Muhammad s.a.w.  & berkat khasiat minuman ini, maka sembuhkanlah penyakitku samada yg nyata atau yang tersembunyi. sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Amin"


Wednesday, December 23, 2015

Jom amalkan mknn sunnah


`siapa yg menghidupkn salah 1 sunnahku, lantas dikerjakan org ramai, maka ia peroleh ganjaran mereka yg mengamalkn, dgn tanpa mengurangi ganjaran mereka sedikitpun' (HR muslim)


  • susu kambing segar RM5 per botol (200ml)
  • olive oil RM28 per botol (120 biji)
  • habbasauda listra RM40 per botol (60 biji)


COD: Dungun & KKTM kemaman
contact cikmi 017-9628655


Bee coffe





Friday, December 18, 2015

Majlis ilmu di rumah

Salam jumaat..penghulu segala hari..

Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Majlis ilmu juga boleh dihidupkan di rumah. Moga rumah kite menjadi taman syurga  & malaikat rahmat sentiasa berada di rumah kita dengan menghidupkan majlis ilmu.

Sekiranya kita tak mampu untuk ke kelas2 agama, di rumah juga tersedia jambatan ilmu buat kita. Pilihan berada di tangan masing2.. pilihlah siaran yang mendekatkan kita denganNya

Setiap hari:

Seawal 6.30 pagi tv 9 muqaddimah
7.00 - 8.00 pg tv 9 tanyalah ustaz
6 ptg tv al hijrah cinta ilmu
9.30 mlm 30 minit ust don

Hari jumaat:

11 pg tv al hijrah Dikir zikir
11.30 pg tv9 tanyalah ustazah
12 thari tv al hijrah al maraaya
9.30 pm tv al hijrah taman syurga bersama habib ali

Hari sabtu:

7 mlm halaqah

Cara makan habbasauda

Tindakbalas AWAL bagi yang mengambil produk listra nuderm series skin:


➡Buat pertama kali anda akan mengalami tindakbalas bergantung kepada jenis penyakit yang dihidapi.
➡Tempoh tindakbalas yang akan dialami adalah diantara sehari hingga 2 minggu.
➡Tindakbalas adalah satu proses detoksifikasi dan juga bagaimana habbatussauda mengesan penyakit dalam badan serta cuba memperbaiki kembali sistem badan kita dengan proses merawat penyakit yang dikesan.
➡Anda tidak harus merasa panik apabila tindakbalas berlaku.
➡Kurangkan dos yang diambil  buat sehari dua kemudian sambung mengambil dlm jumlah normal  hingga badan akan mula menerima rawatan habbatussauda ke atas penyakit yang dihadapi.
➡ Berikut adalah senarai beberapa tindakbalas awal yang MUNGKIN berlaku DIAWAL PENGAMBILAN HABBASAUDA:


1. Muntah (masalah sistem penghadaman)
2. Demam (masalah usus kecil/besar)
3. Pening/sakit kepala (migrain/masalah mata rabun jauh/dekat & silau)
4. Najis berdarah (masalah lubang dubur & buasir)
5. Cirit-birit / kekerapan buang air besar (masalah limpa/hati)
6. Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)
7. Sengal bahagian sendi (masalah urat darah & reaksi kelebihan asid uric)
8. Sakit pinggang (masalah buah pinggang)
9. Sakit tekak / kerongkong (masalah paru2)
10. Kencing berbau / kencing dgn kerap (masalah buah pinggang)
11. Kencing manis bertambah (masalah hati dan pankreas)
12. Pengeluaran haid berlebihan/haid tiba tiba lewat dari biasa (proses perubahan hormon dan masalah limpa)
13. Bertambah selera makan (masalah buah pinggang)
14. Bengkak anggota badan (masalah buah pinggang)
15. Gatal hidung, telinga, muka, bersin@selsema (masalah resdung atau alahan)
16. Tumbuh jerawat lebih daripada biasa (masalah resdung & alahan/darah kotor)


➡Sekali lagi jangan panik sekiranya mengalami tindakbalas di atas kerana ia sedang berfungsi mencuci & membersihkan segala kotoran di dalam setiap organ-organ badan anda.


➡Amalkan secara istiqamah, Insya Allah akan mendapat kesan yang baik serta diiringi dengan doa atas apa saja jenis penyakit yang dihidapi agar cepat sembuh.


Cara Penggunaan:
Mulai dgn Bismillah & selawat serta NIAT, Insya Allah anda akan dapat merasai keberkesanannya. Makan 2 biji  sebelum atau selepas sarapan dan 2 biji malam sebelum/selepas makan malam atau sebelum tidur.


Dinasihatkan agar minum air kosong sebanyak yang mungkin kerana diketahui bahawa habbatussauda menyebabkan badan panas terutama bagi yang mengambilnya buat pertama kali. Air juga berfungsi untuk membersihkan darah dan sistem badan anda sekali.
Wallahu'alam

7 sunnah hebat

Very nicely written 
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat
 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

بارك الله فيكم..