Pages

Tuesday, December 8, 2015

ikhtiar dengan yaasin 7 mubin

Melalui al-Quran yang mulia, Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki. pastinya Al-Quran akan menjadi petunjuk buat kita. Ianya mengandungi pelbagai hikmah, penawar dan petunjuk. Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w kita amat bertuah kerana dianugerahkan dengan anugerah yang paling berharga melalui perutusanNya Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat 269:
“Allah menganugerahkan hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-Quran dan sunnah) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang berakallah yang dapat mengambil pelajaran”

Allah telah menganugerahi kita dengan surah Yaasin yang cukup berharga. Terdapat pelbagai fadhilat dan hikmah yang Allah turunkan melalui surah Yaasin. Salah satu fadhilat surah Yaasin ialah sebagai ikhtiar untuk mendapatkan kembali barang yang telah hilang.

Di dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “Mubin” kerana itu ianya dipanggil sebagai kaedah Yaasin 7 “Mubin”. Kaedah ini saya telah amalkan ketika kehilangan barang berharga. Alhamdulillah, dengan izinNya saya mendapat kembali barangan tersebut dalam masa kurang dari 24 jam. Allah telah memberi petunjuk dengan membuka pintu hati untuk mencari barang tersebut mengikut kata hati. Moga kaedah ini dapat memberi manfaat dan membantu rakan-rakan yang kehilangan barang berharga. Jadi,apabila ditimpa kesusahan, maka tanyalah Allah melalui mukijzatNya.

Selamat mencuba.

Kaedah bacaan Yaasin 7 “Mubin”

 Tunaikan solat sunat hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dan berdoa agar Allah mengembalikan kembali barang yang telah hilang.

 Selesai Solat Hajat, baca surah yaasin mengikut kaedah berikut:

1. Mulakan dengan membaca surah al-Fatihah dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. (11 kali). Baca Yaasin dari awal surah, apabila sampai pada perkataan “Mubin” yang pertama iaitu pada ayat 12, baca doa (seperti di bawah), kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada awal surah

2. Bagi pusingan kedua, apabila sampai “Mubin” yang pertama, baca doa, dan teruskan hingga sampai ke “Mubin” yang kedua iaitu pada ayat 17, baca doa sekali lagi, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada awal surah

3. Bagi pusingan ketiga, apabila sampai “Mubin” yang pertama, baca doa, dan teruskan hingga sampai ke “Mubin” yang kedua, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” yang ketiga iaitu pada ayat 24, baca doa sekali lagi, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada awal surah

4. Bagi pusingan keempat, apabila sampai “Mubin” yang pertama, baca doa, dan teruskan hingga sampai ke “Mubin” yang kedua, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” yang ketiga, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” keempat iaitu pada ayat 47, baca doa sekali lagi, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada awal surah

5. Bagi pusingan kelima, apabila sampai “Mubin” yang pertama, baca doa, dan teruskan hingga sampai ke “Mubin” yang kedua, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” yang ketiga, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” keempat, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” kelima iaitu pada ayat 60, baca doa sekali lagi, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada awal surah

6. Bagi pusingan keenam, apabila sampai “Mubin” yang pertama, baca doa, dan teruskan hingga sampai ke “Mubin” yang kedua, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” yang ketiga, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” keempat, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” kelima, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” keenam iaitu pada ayat 69, baca doa sekali lagi, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada awal surah

7. Bagi pusingan ketujuh, apabila sampai “Mubin” yang pertama, baca doa, dan teruskan hingga sampai ke “Mubin” yang kedua, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” yang ketiga, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” keempat, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” kelima, baca doa, teruskan sehingga “Mubin” keenam, baca doa sehingga “Mubin” yang ketujuh iaitu pada ayat 77, baca doa sekali lagi, kemudian teruskan bacaan sehinnga ayat terakhir surah Yaasin. Baca doa sekali lagi dengan penuh pengharapan agar Allah akan memberi petunjuk untuk mendapatkan semula barang yang telah hilang.

Baca doa berikut setiap kali berhenti pada perkataan “Mubin”:

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada dia (saya) barang-barangnya (saya) yang hilang itu, kerana barang-barag itu adalah pemberian-Mu kepada hamba-Mu. Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami permintaan kami, sesungguhya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.