skip to main |
skip to sidebar
~ PCOS fighter ~ tips membesarkan ovum
I am PCOS fighter... hari ni rase tergerak hati untuk share something about PCOS.. PCOSer normally akan ada problem with irregular period & ovum tidak matang..Setelah beberapa cycle diberi clomid untuk membesarkan ovum, dari dos 50 mg sehingga 150 mg, ovum masih gagal untuk membesar (pernah la 1 cycle yang ovum membesar, tapi masih belum rezeki) & at last Dr decide untuk tukar dr clomid ke injection & concluded me as clomid resistance..and also Dr suggest untuk buat ovarian drilling. Pernah tgk dlm you tube... sgt scary and I'm not ready yet for that one.
So at first, Dr bagi injection folliova.. (rasenya betul kot ejaannya). Alhamdulillah ada ovum yang membesar, tu pun on Day 18. but still, belum rezeki kami. Then Dr try tukar ubat gonal f dosage of 100IU.. ubat ni agak mahal... tapi x sakit & senang sangat nak inject. But then, telur yang paling besar pun 10mm... and on Day 12, still the same 10mm and E.T pun baru 7mm....So Dr decide untuk tukar ubat lg.. untuk next cycle folliculin. Tp Dr bgtau ubat ni jarang digunakan since tak ramai yang berjaya pakai folliculin ni but why not, try on me kan.. lagi pun ubat tu baru jer sampai kat hospital on that day. so memang rezeki lah..
16 November 2015, miss P pun datang, Alhamdulillah, kali ni die turun tanpa dipaksa, selalunya kena makan ubat dulu untuk "turunkan" miss P..ikhtiar kali ni dengan #habbasauda listra. At this time, dah 4 botol makan habbasauda ni. So kali ni nekad untuk amalkan pemakanan sunnah & jaga pemakanan. So kali ni study betul2 makanan yang boleh membesarkan ovum, plus do some research, baca testimony and tanya nurse. So based on my reading, kebanyakan makanan sunnah dan makanan anti oksidan mmg membantu untuk membesarkan ovum (mematangkan telur). So decide untuk beli semua yang termampu antaranya : aprikot, cranberry, kurma, omega 3, olive oil, habbasauda, susu kambing, air zam2, brokoli, calcium, multi Vitamin, delima.
So, saya amalkan:
- susu kambing segar (guna yang serbuk pun boleh) blend dengan kurma after dlm 2-3 jam (minum pagi & before tidur)
- before breakfast habbasauda listra (minum dengan honey)
- jus delima (yang ni bli yang 100% pure, make sure xde gula)
- telur ayam kampung separuh masuk (pg shj)
- after breakfast : multi v, vit c, acid folic
- 2-3 x sehari: calcium, omega 3, olive oil
- malam: selenium & coq10
-lepas injection minum air zam2 & sapu dekat area perut sampai air zam2 kering sambil zikir & doa
- bykkn zikir: ya khaliq, ya bari', ya musawwir, ya hayyu, ya qayyum,
- baca doa:
Ya Allah yang Maha Berkuasa membesarkan sesuatu yang kecil & mengecilkan sesuatu yang besar, dengan kekuasaanMu Ya Allah, besarkanlah ovumku ini. Wahai penguasa sekalian alam
- solat tahajud
- baca surah yaasin slps solat subuh.. prnh dengar ustzh bgtau fadilat..x kn tertolak doa seseorg yg membaca surah yaasin slps solat subuh
- sedekah subuh..buat 1 tabung letak dlm blk solat..after solat subuh masukkn duit sedekah dlm tabung tu & niat agar Allah makbulkn doa. Bykkn sedekah setiap hari, terutama hari jumaat.. sediakan duit kat husband before husband gi solat jumaat utk derma pd tabung masjid
Alhamdulillah Day 7 TVS, telur membesar dengan jayanya, nurse pun terkejut, sebab biasanya Day 7, based on my history telur masih kecik2 lagi, masa ni dah ada telur 14mm, yang lain ada 3 biji yang 10mm plus E.T pun dah 7 mm. Based on my reading, Day 6 saiz telur = 10mm. but mine, before this Day 12 baru 10mm. Alhamdulillah, balik terus sujud syukur. Day 9, repeat TVS lagi, Alhamdulillah dah jadi 15mm plus E.T 8 mm.. so Dr mintak repeat TVS lagi on Day 11. ALhamdulillah telur makin membesar dengan jayanya. ada 3 biji 17 mm & 1 biji 15mm..masa ni nurse tu dok bergurau kot2 dapat kembar 3 nanti... moga masin mulut nurse tu Ya Allah..
and now keep on praying & doa moga usaha kami kali ini menjadi asbab untuk dapat zuriat. Amin ya rabbal 'alamin.